(芙蓉26日讯)
谢氏对身为历史学家的邱家金,
他认为,华文教育及华校生在我国独立前至今天,在国家发展中,
也是武吉甲巴央区州议员的谢琪清呼吁邱家金,
谢氏也是森州民主行动党教育局主任,
他呼吁邱家金回头是岸,做人要饮水思源,
谢氏也呼吁警方立刻采取行动,以煽动法令来调查及对付邱家金,
=================================================================================
Saya mengutuk sekeras-kerasnya pendapat Dr. Khoo Kay Kim bahawa pelajar-pelajar atau graduan daripada SRJK(c) adalah 'copy cat'.
Pendapat Dr. Khoo ini bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga menunjukkan Chauvanisme beliau. Dr. Khoo sebagai seorang akademik patut tahu, jika beliau ingin merujuk kepada pendapat sebegini, beliau perlulah tunjukkan statistik yang menyakinkan orang ramai bahawa pendapat beliau adalah betul.
Sejak kemerdekaan Malaysia, SRJK(c) telah memainkan peranan yang begitu penting sekali dengan menghasilkan bakat-bakat dan prefosional-profesional. Saya sebagai ADUN, peguam, dan jurutera juga adalah pelajar daripada SRJK(c). Pelajar yang kurang kreatif bukanlah salah pelajar atau SRJK(c), tetapi sistem pendidikan yang menjadikan keadaan sebegini. Sistem sekarang perlu diperbaharui untuk meningkatkan kreatif pelajar-pelajar bukan sahaja SRJK(c), tetapi semua sekolah rendah dan menengah.
Dr. Khoo bukan sahaja menghina graduan SRJK(c) tetapi mengkhianat dan turut tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan telah menunjukkan setiap bangsa dalam Malaysia berhak untuk menerima pendidikan Ibunda. Dr Khoo yang seringkali megusulkan pendidikan satu aliran adalah tindakan yang tidak menghormati Perlembagaan kita. Perpaduan berbilang kaum boleh dicapai melalui cara lain, tidak semestinya dengan cara pendidikan satu aliran.