2008年11月18日 星期二

承认在野领袖地位,朝向第一世界议会 Mengiktirafkan Kedudukan Ketua Pembankang

马来西亚国会在很久以前已经立法承认了反对党领袖的地位.如今国会反对党领袖拿督斯里安华依布拉欣在国会大厦拥有一间属于自己的办公室,方便工作,为民请命,并在辩论之时拥有优先发言权.

纵然国会已经承认反对党领袖地位多年,但可悲的是十三个州属议会无一向国会看齐,承认在州议会反对党领袖的地位.

在经历了308政治海啸后,这个情况终于得到改善.但可惜的,踏出第一步的并不是已经扎根几十年的国阵政府,而是我们民联组成的槟州政府.槟州首长林冠英在州议会内提出该项法案,显示了民联政府不为私利,敢作敢为,说到做到.无奈的是,身为反对党的巫统议员在这项法案是明显的受益者,可是却充分的发挥了“反对党”的本色,充分的发挥了盲目特色,为反对而反对。想当年国阵议员即极尽可能的揶瑜在野党为反对而反对,虽然行动党在利民政策上都会给予支持,予以通过,并不是盲目的为反对而反对的反对党。

森美兰州务大臣应该向林冠英同志学习,抛开政党成见,在来临的森州立法议会中大方的提出相同的法案,承认反对党领袖的地位。反对党议员在森州议会内占了42%,成功否决了国阵长久以来的2/3多数议席。森州大臣应尊重森州选民的选择,承认民联议员一致认同的罗白区州议员陆兆福为森州反对党领袖。

第一世界的立法议会,制衡政府(check and balance)是非常重要的一环,政府有责任确保议会公平及人民心声被带入议会。当在朝的政府承认反对党领袖的地位时,将会提升议会的民主概念及让在野党有效的扮演制衡政府的效应.

=======================================================

Isu: Pengiktirafan Terhadap Kedudukan Khas Ketua Pembangkang DUN NS

Saya mengalu-alukan tindakan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang telah mengambil tindakan yang betul dalam mengiktiraf kedudukan khas Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Keputusan DUN Pulau Pinang yang telah meluluskan rang undang-undang mengiktiraf kedudukan khas Ketua Pembangkang ini adalah betul dan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Kini, DUN Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang memberikan pengiktirafan khas terhadap jawatan Ketua Pembangkang dalam DUN.

Di peringkat persekutuan, Dewan Rakyat sekian lama telah memberikan pengiktirafan khas terhadap kedudukan Ketua Pembangkang. Secara lazimnya, Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat mempunyai pejabat sendiri dalam bangunan Parlimen, elaun khas dan diberikan keutamaan untuk menyampaikan ucapan dalam perbahasan.

Malaysia sejak merdeka telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan-Perlembagaan di peringkat negeri. Ini bermakna parlimen dan dewan undangan negeri merupakan saluran yang penting untuk mempraktikkan sistem demokrasi. Dengan itu, sewajarnya suatu sistem yang adil dan telus diamalkan agar suara dan rintihan rakyat yang berbeza dengan pendirian kerajaan diberikan perhatian yang mendalam.

Saya menganggap keputusan DUN Pulau Pinang dalam memberikan pengiktirafan kepada kedudukan Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang adalah sesuatu yang wajar dan sesuai dengan prinsip demokrasi yang diamalkan. Langkah ini wajar dicontohi oleh DUN-DUN di negeri yang lain termasuk Negeri Sembilan.

Langkah kerajaan negeri Pulau Pinang dalam membentangkan dan meluluskan rang undang-undang mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) menghormati suara minoriti. Ini juga menunjukkan PR adalah berbeza dengan BN kerana tiada suatu negeri yang di bawah penguasaan BN bersedia memberikan pengiktirafan kepada Ketua Pembangkang, termasuk di Negeri Sembilan.

Saya menyeru kerajaan Negeri Sembilan supaya lebih prihatin terhadap kemahuan rakyat dengan memberikan pengikarafan kepada Ketua Pembangkang seperti mana di Pulau Pinang. Di Negeri Sembilan, PR menguasai 15 daripada 36 kerusi di DUN, iaitu lebih 40%, ini jelas menunjukkan PR di Negeri Sembilan mempunyai suatu angkatan yang kuat dan boleh melaksanakan tugas semak dan imbang (check and balance) dengan berkesan.

Saya menggesa kerajaan negeri Negeri Sembilan supaya membentangkan rang undang-undang untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang di DUN Negeri Sembilan pada persidangan DUN yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 November ini. Saya yakin kesemua 15 ADUN daripada PR akan memberikan sokongan padu terhadap rang undang-undang ini.

沒有留言: