Bantahan penduduk tentang ‘Cadangan Mendirikan Bangunan 2 Tingkat’ di Jalan Kaloi 22, Taman Permai 2.
Pihak yang bergelar Persatuan Ajaran Sai Baba tentang mula memagari suatu kawasan lapang di Jalan Kaloi 22, Taman Permai 2 sejak 27 Jun 2008, untuk tujuan mendirikan bangunan 2 tingkat yang termasuk dewan dan tempat sembahyang untuk para penganut.
Tindakan mereka yang memagari kawasan ini dan diikuti dengan menggali lubang telah menimbulkan kemarahan penduduk Taman Permai 2. Para penduduk yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum berasa terkejut dan marah dengan tindakan pihak berkuasa yang meluluskan pembinaan ini.
Menurut para penduduk, tanah lapang tersebut merupakan satu-satunya kawasan lapang di tempat mereka yang selama ini digunakan untuk beristirehat, berinteraksi, bersenam dan kanak-kanak bermain. Pembinaan akan mengakibatkan mereka kehilangan satu-satunya kawasan lapang yang berdekatan rumah mereka.
Para penduduk terkejut kerana tiada pengikut Sai Baba di kawasan ini. Dengan itu, pembinaan ini tidak akan memanfaatkan penduduk sekitar. Malahan, pembinaan ini bakal menimbulkan masalah kesesakan kereta dari luar dan kebanjiran orang luar di kawasan ini, yang bakal mengganggu ketenteraman setempat. Dengan itu, sekumpulan penduduk yang rata-rata berketurunan India telah memulakan kempen memungut tandatangan daripada penduduk sebagai menyatakan bantahan bersama terhadapa pembinaan.
Pada pagi ini, kira-kira 70 orang penduduk daripada pelbagai kaum telah berkumpul di kawasan lapang tersebut, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan tersebut. Turut hadir adalah ADUN Bukit Kepayang, YB Cha Kee Chin. Mereka bertegas akan meneruskan kempen memungut tandatangan daripada semua penduduk, kini lebih 120 orang penduduk terdiri daripada pelbagai kaum telah menurunkan tandatangan mereka.
Para penduduk telah menghubungi ADUN Kawasan Bukit Kepayang, YB Cha Kee Chin, dan meminta YB Cha membantu menyelesaikan masalah mereka. YB Cha berjanji akan membantu para penduduk tersebut menyelesaikan masalah ini.
Pada pertemuan tersebut, mereka turut bertemu dengan wakilt Persatuan Sai Baba, En Liong. Apabila diminta oleh YB Cha, En Liong berjanji tidak akan memulakan pembinaan bangunan tersebut selagi para penduduk setempat membantah pembinaannya.
YB Cha dengan tegas menyatakan semua pihak yang terbabit wajib mengambil tindakan berdasarkan kepentingan penduduk setempat, termasuk keperluan tempat lapang berekreasi. YB Cha turut berjanji akan bertemu dengan jabatan yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ini demi kepentingan penduduk dan kesejahteraan masyarakat majmuk di Taman Permai 2.