2009年2月27日 星期五

Laporan Police terhadap Ali Rustam





Saya ingin merujuk kepada laporan dalam Berita Harian Online bertarikh 25 Februari 2009 yang bertemakan:'Tindakan DAP cetus Polemik Perkauman: Mohd Ali'. Di antara kandungan dalam laporan ini ada memetik percakapan daripada Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng sebagai membuat penghinaan besar terhadap masyarakat islam dan orang Melayu di negara ini, dan Lim Guan Eng wajar dikenakan tindakan termasuk dilucutkan kerakyatan atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain itu, Mohd. Ali turut menuduh Lim sebagai tidak menghormati Perlembagaan dan sering menimbulkan isu perkauman, dengan itu tidak layak menjadi Ketua Menteri. Saya bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terkilan dengan kenyataan Mohd Ali Rustam, kenyataan beliau berunsur fitnahterhadap Lim Guan Eng, dengan sengaja mahu menjejaskan maruah dan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin politik dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya Percaya kenyataan Mohd Ali juga berniat mahu memperlagakan masyarakat majmuk di negara ini,iaitu dengan menimbulkan ketegangan antara kaum. Dengan itu, Mohd Ali wajar disiasatdan seterusnya dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataan beliauyang berunsur hasutan dan kemungkinan mengakibatkan ketidaksenangan antara kaum di Malaysia.

Sekian Laporan saya.

沒有留言: