2008年12月3日 星期三

Mukhriz Mahathir: Laporan Polis


Saya membuat laporan ini selepas membaca laporan suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 2 Disember 2008, laporan muka depan yang bertajuk: “Cadangan ke arah menggantikan pendidikan berbeza aliran: Sekolah satu sistem”.

Laporan ini adalah tidak wajar dan tiada suai manfaat untuk perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia, sebaliknya laporan ini berunsur hasutan yang sepatutnya disiasat dan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan, 1948. Kenyataan-kenyataan yang disiarkan adalah menepati maksud ‘hasutan’ yang digariskan oleh Seksyen 3, Akta Hasutan 1948.

Laporan akhbar tersebut antara lain memetik cadangan Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun sebagai berkata semua pelajar dari pelbagai kaum diserapkan di bawah sistem pendidikan Bahasa Melayu, ini secara implikasinya mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini agar ditutup.

Saya percaya cadangan Datuk Mukhriz ini adalah berunsur hasutan yang jika tidak diambil tindakan segera dan tegas, bakal menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dan cadangan beliau ini juga membelakangi kepentingan perpaduan di kalangan rakyat.

Saya juga mahu polis menyiasat Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang antara lain telah menyokong cadangan tersebut. Ini bermakna Tan Sri Dr Khoo juga mesti disiasat dan diambil tindakan tegas. Sebagai tokoh bersejarah yang terkenal, beliau telah mengeluarkan kenyataan yang membelakangi kepentingan perpaduan nasional di aklangan rakyat.

Dengan itu, saya membuat laporan ini untuk pihak PDRM melakukan siasatan segera di bawah Akta Hasutan, 1948 dan seterusnya tindakan segera lagi tegas diambil ke atas Datuk Mukhriz atas cadangan beliau, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim atas pendirian beliau yang bersekongkol dengan Datuk Mukhriz dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab ini.

沒有留言: