2008年11月27日 星期四

SOALAN-SOALAN DAN JAWAPAN BERTULIS ADUN BUKIT KEPAYANG PADA 26, 27 dan 28 November 2008

1) Warisan Sejarah Dunia

Negeri Melaka dan Pulau Pinang kini telah disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai antara kawasan warisan sejarah dunia. Adalah dipercayai penyenaraian ini akan membantu usaha menarik pelancong asing mengunjungi 2 buah negeri tersebut.

Saya ingin tahu:

a) Apakah Kerajaan Negeri Sembilan juga mempunyai perancangan yang sama untuk membolehkan Negeri Sembilan turut tersenarai sebagai Warisan Sejarah Dunia, memandangkan negeri kita kaya dengan budaya dan tradisi Minangkabau?

Jawapan: Pada masa ini, Kerajaan Negeribelum bercadang untuk meyenarikan mana-mana bangunan bersejarah di Negeri Sembilan sebagai Warisan Sejarah Dunia.

b) Apakah kawasan-kawasan bersejarah di Negeri Sembilan yang boleh disenaraikan untuk tujuan ini dan juga untuk menarik pelancong asing ke Negeri Sembilan?
Jawapan: Belum dikenal pasti.

c) Berapakah pelancong negara asing dan dosmetik yang telah mengunjung Negeri Sembilan pada tahun-tahun 2006, 2007 dan separuh pertama 2008?
Jawapan: Berdasarkan sumber dari kajian penginapan hotel yang dilaksanakan ole Tourism Malaysia dari tahun 200 hingga 2008, rekod penginapan pelanong asing dan domestik di Negeri Sembilan adalah seperti berikut:


2) Kadar Jenayah Mengikut Kategori di DUN Bukit Kepayang

Kawasan DUN Bukit Kepayang merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan ‘hitam’ gejala jenayah, barangkali disebabkan banyak kawasan perumahan baru yang mana konsep kejiranan masih belum kukuh. Seringkali kedengaran kejadian kes-kes jenayah seperti pecah rumah, ragut, kecurian dan rompakan berlaku di kawasan-kawasan perumahan. Kediaman.

Sila senaraikan bilangan kes pecah rumah, ragut, kecurian dan rompakan untuk kawasan-kawasan berikut:

a) Taman Permai;
b) Taman Bukit Kelisa;
c) Rasah Kemayan;
d) Park Avenue;
e) Green Street Homes;
f) Taman Harmonium Utama;
g) Taman Bukit Kaya;
h) Taman AST;
i) Garden Avenue; dan
j) Garden Homes.

pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 (setengah tahun).

3) Konsep ‘Jonker Walk’

Projek ‘Jalan Budaya’ atau ‘Jonker Walk’ di Jalan Siow Loong Hin diketengahkan hampir 2 tahun yang lepas. Namun, tarikh pelaksanaannya telah ditangguhkan beberapa kali dan sehingga kini ia masih belum direalisasikan lagi.

Saya ingin tahu:

a) Bilakah ia akan direalisasikan dan dibuka untuk kunjungan orang ramai?

Jawapan: Poje Jalan Budayaatau Jonker Walk di Jalan Siow Loong Hin, Seremban dikangka akan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2009.

b) Berapakah peruntukan yang telah dan akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkaitan untuk membiayai projek ini?
Jawapan: Peruntuan yang telah disalurkan untuk membiayai projek ini adalh sebanyak RM 238,000.00

c) Sejauh manakah projek ini tidak akan memberikan kesan buruk kepada penjaja dan pekedai yang terbabit terutamannya di Jala Siow Loong hin?
Jawapan: Projek Jalan Budaya atau Jonker Walk berkenaan dijangka akan menarik kedatangan ramai pengunjng dan kehadiran mereka akan memberi faedah kepada pekedai-pekedai yang berhampiran.


4) Kriteria untuk mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Agensi-agensi kerajaan yang lain

Memang diakui bahawa masih ada penduduk di Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan daripada Kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Saya ingin tahu:

a) Apakah criteria yang ditetapkan oleh pihak JKM atau agensi-agensi yang berkaitan.
Kriteria penerima bantun yang ditetapkan oleh JKM ialah:

i) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

ii) Pendapatan keluargaa tidak melebihi RM720.00 sebulan

iii) Golongan yang tidak berkemampuan dn keperluan

iv) Faktor-faktor lain yang diambil kira ialah bilangan anak/tanggunggan, keadaan rumah kedaiaman, umur pemohon/ ketua keluarga, kecacatan dan kuzuran disebabkan oleh penyakit.


b) Secara puratanya, berapa lamakah suatu permohonan akan diproses dan bayaran pertama akan diberikan kepada mereka yang layak?
Setiap permohonan akan mengambil masa 2 minggu siasatan dan keputusan permohoan bantuan akan diketahui dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan. Bayaran pertama akan dibayar pada buan berikutnya. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes terpencil yang mengambil masa lebih 2 mingu siasatan disebabkan:

i) Alamat pemohon yang diberi tidak tepat/ lengkap.

ii) Pemohon sendiri tidak tinggal tetapi di sesuatu tempat

iii) Dokumen yang diperlukan tidak lengkap (contohnya salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan sebagainya)
c) Sila berikan pecahan penerima bantuan daripada JKM mengikut kaum di Negeri Sembilan pada tahun 2007?

5) Dialog Masyarakat Cina Negeri Sembilan bersama YAB Menteri Besar

Langkah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus berdialog dengan wakil masyarakat Cina pada bulan Januari 2008 disambut baik oleh masyarakat secara am. Pernah disebutkan bahawa dialog sebegini akan diadakan setiap 6 bulan sekali.

Saya ingin tahu:

a) Berapakah perbelanjaan yang diperlukan untuk mengadakan dialog sebegini dan pihak manakah yang menanggung perbelanjaan yang terbabit?


Perbelanjaan sebanyak RM6,842.50 bagi sidang dialog yang diadkan pada 14.01.2008 di Klana Resort. Perbelanjaan ditanggung oleh pihak Kerajaan.

b) Kenapakah dialog sebegini masih belum diadakan pada separuh kedua tahun ini?

Dialog ini tidak dapat diadakan pada separuh kedua kerana terdapat benyak program yang telah disediakan lebih awal dan penting yang perlu YAB Menteri Besar hadiri.

c) Apakah semua wakil rakyat yang dipilih pada pilihanraya akan dijemput menghadiri dialog sebegini pada masa akan datang?
Tidak semua Wakil Rakyat dipilih.


6) Peruntukan Kerajaan Negeri untuk Persatuan-persatuan

Persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan keharmonian masyarakat. Terdapat banyak persatuan sebegini di Negeri Sembilan yang berlandaskan kawasan perumahan, keagamaan, keturunan dan rekreasi. Adalah dipercayai pemberian peruntukan daripada Kerajaan Negeri adalah unsur penting yang akan memastikan persatuan-persatuan ini terus aktif dan menjalankan aktiviti yang dirancangkan.

Saya ingin tahu:

a) Berapakah jumlah peruntukan keseluruhan tahunan daripada Kerajaan Negeri untuk semua persatuan terbabit pada tahun 2007 dan 2008?


Jumlah keseluruhan peruntukan tahunan kepada persatuan adalah RM304,000.00 bagi tahun 2007 dan RM304,000.00 bagi tahun 2008.

b) Bagaimanakah mekanisma pengagihan peruntukan ini kepada persatuan-persatuan yang terbabit termasuk cara permohonan?
Mekanisma pngagihan ini adalah berdasarkan permohonan daripada persatuan yang tertakluk kepaa kelulusan Kerajaan Negeri.


c) Bolehkah Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tahunan tetap kepada setiap persatuan yang aktif dan berdaftar?
Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tahunan berdasarkan keupayaan kewangan semasa Kerajaan Negeri.


7) Bantuan Khas untuk Masyarkat India di Negeri Sembilan

Seringkali kedengaran sesetengah masyarakat India di Negeri Sembilan menghadapi masalah kewangan, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai. Bukan mereka tidak berusaha tetapi dalam keadaan ekonomi yang yang gawat, sukar untuk mereka bersaing dengan golongan lain.

Saya ingin tahu:

a) Apakah Kerajaan Negeri atau agensi yang berkaitan ada perancangan untuk memberikan peruntukan khas kepada kaum India yang hidup merana?
Tiada peruntukan khas


b) Bolehkah Kerajaan Negeri dalam Bajet tahun 2009 memberikan peruntukan khas kepada kaum India terutamanya bantuan persekolahan anak-anak mereka?
Setiap tahun Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kepada rakyat berdasarkan kelayakan dan garis panduan yang telah ditetapkan tanpa mengira kaum.


c) Sila nyatakan berapakah jumlah bantuan kewangan dari segi pendidikan/ pelajaran yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan berpendapatan rendah daripada masyrakat India pada tahun 2007 dan separuh pertama tahun 2008?
Bantuan Kewangan untuk pendidikan/ pelajaran masyarakat India pada tahun 2007 sebanyak RM32,550.00 dan pada separuh pertama 2008 berjumlah RM17,550.00

8) Banjir di Mutiara Galla

Kawasan di sekitar Mutiara Galla merupakan kawasan yang seringkali dilanda banjir termasuk banjir lumpur setiap kali musim hujan. Di antara kawasan yang dimaksudkan adalah di sepanjang jalan Mutiara Galla menuju ke Taman Sri Pulasan dan kawasan rumah kos rendah (Jalan Mutiara Galla 12, 13, 14, 15 dan 16).

Saya ingin tahu:

a) Apakah punca kepada kejadian banjir termasuk banjir lumpur yang berlaku di kawasan yang disebutkan di atas?
Banjir lumpur di kawasan erkenaan berpunadaripada sikap pemaju bertanggungjawab yang kurang menjalana kerja-kerja pemantauan danpenyeleggaraan perangkap lumpur (silt trap)

b) Apakah yang bakal dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengelakkan keadaan banjir daripada berulang pada masa-masa akan datang?
Kerajaan Negeri akan memperkemaskan pelaksanaan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang tatacara proses kelulusan pelan infrastruktur kepada semua pemaju yang ingin melaksanakan perumahan di kawasan yang telah diluluskan.

c) Berapa kerapkah Jabatan Pengaliran dan Saliran akan mendalamkan dasar sungai/ aliran air yang berdekatan terutamanya di sebelah Jalan Mutiara Galla 12, 13 14, 15 dan 16?
Pentadbiran ini tidak mempunyai maklumat seperti yang dipohon.

9) Rukun Tetangga di DUN Bukit Kepayang

Rukun Tetangga merupakan suatu mekanisma ke arah mengeratkan konsep kejiranan.

Saya ingin tahu

a) Sila senaraikan semua rukun tetangga di bawah DUN Bukit Kepayang (N21).

b) Berapakah peruntukan tetap tahunan yang diterima oleh setiap rukun tetangga tersebut?
peruntukan Geran Tahunan Rukun Tetangga adalah sebanyak RM7,200.00 dari ibu pejabat. Walau bagaimanapun, pembahagian peruntukan adalah bergantug kepada keaktifan Rukun Tetangga tersebut.

c) Apakah akitiviti yang dirancang, dianjur, dikelolakan dan senarai anma jemputan ke majlis anjuran Rukun Tetangga harus mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perpaduan terlebih dahulu?
Ya.


10) Banjir dan takungan air akibat Projek Dataran Sentral

Projek pusat perniagaan Dataran Sentral di belakang Muzium Negeri telah mengakibatkan takungan air di Taman Permai, terutamanya Jalan Kurau 1. Masalah takungan ini dipercayai akibat daripada keadaan muka bumi Dataran Sentral yang lebih tinggi dan kegagalan pihak terbabit membina sistem saluran longkang yang sempurna.

Saya ingin tahu:

a) Kenapa perancangan projek Dataran Sentral boleh membenarkan pengaliran air longkang daripada memasuki Taman Permai tanpa melalui sistem longkang yang sempurna?
Pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju adalh menikut pelan yang telah diluluskan Majlis pada 26.5.2006. Masalah banjir yang berlku adalah semasa peringkat pembinaan. Walau bagaimanapun, langkh-langkah pencegahan banjir telah diambil bagi mengatasinya.

b) Sama ada terdapat penyelewengan atau kesilapan daripada kontraktor yang membina Dataran Sentral yang mengakibatkan masalah, dan jika ya apakah tindakan yang dikenakan terhadap kontraktor terbabit?
Tidak.

c) Apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memperbaiki sistem longkang yang sedia ada untuk mengatasi masalah takungan air di hadapan rumah bernombor 24 dan 25, Jalan Kurau 1, Taman Permai Fasa 1?
Langkah yang diambil adalah menaik taraf longkang sedia ada yang dilaksanakan oleh pemaju berkaitan.

沒有留言: