2008年8月11日 星期一

Dewan Soalan Lisan 州議會口頭詢問題目: 1

SOALAN-SOALAN LISAN ADUN BUKIT KEPAYANG PADA HARI PERTAMA (25 Ogos 2008)武吉甲巴央州議員首天(25日)的口頭詢問問題

Soalan Lisan 1:
2 jenis Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) di Negeri Sembilan
森美蘭州華小和淡小的分別

Secara lazimnya, Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) di Negeri Sembilan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu jenis bantuan penuh dan bantuan modal. Adalah jelas bahawa terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis sekolah ini.
國民型華文小學及淡米爾小學一般被分成全津和半津學校;請講解這兩種學校的區分。

Saya ingin tahu:我想知道
1.) Sila berikan bilangan sekolah SJK(C) dan SJK (T) di Negeri Sembilan yang dikategorikan di bawah bantuan penuh dan bantuan modal dan senaraikan nama sekolah-sekolah ini.
請列出森州全津和半津的學校名單
2.) Apakah layanan yang diberikan oleh kerajaan negeri terhadap kedua-dua jenis sekolah ini?
政府如何協助上述兩種學校

Soalan Lisan 2:
Industri Penternakan Burung Walit 養燕領域

Sejak kebelakangan ini, industri pemeliharaan dan penternakan burung walit telah menjadi suatu industri yang berkembang dengan pesat di Negeri Sembilan, terutamanya di kawasan sekitar Seremban. Namun, ‘rumah burung’ untuk penternakan burung walit yang didirikan berdekatan dengan kawasan kediaman telah menimbulkan kebimbangan para penduduk akan penyakit dan kesan samping yang mungkin berlaku.
養燕活動目前已成為森州,特別是芙蓉的其中一項畜牧領域;當中有不少的養燕屋更設在與住宅區靠近的地方,這對人民造帶極大的影響,包括健康問題。

1.) Apakah garis bantuan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam pemberian permit kepada para pengusaha yang mahu menggunakan bangunan perniagaan dan kediaman sebagai ‘rumah burung’ untuk penternakan burung walit?
政府在發出在住宅區或商業區的養燕執照時,是否設有一定的准則?
2.) Apakah tindakan penguatkuasaan yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa jika ada pengusaha yang beroperasi tanpa permit dan melanggar peruntukan undang-undang?
執法當位會採取怎樣的行動,對于因非法養燕而觸犯條例的人士?

Soalan Lisan 3:
Pembiayaan untuk Pusat-pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (BN)
國陣服務中心的開銷

YAB Menteri Besar pernah mengumumkan Barisan Nasional akan mendirikan pusat perkhidmatan di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan yang mana calon Barisan Nasional (BN) telah ditewaskan pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Langkah dan motif BN ini telah menimbulkan kecurigaan di kalangan penduduk Negeri Sembilan
森州州務大臣已宣布,國陣會在落選的選區設立國陣服務中心,國陣的措施及行動已引起森州人民的質疑。

Sila berikan penjelasan tentang perkara-perkara di bawah: 請針對以下問題作出解釋:

1.) Bilangan pusat perkhidmatan yang telah dan akan dibuka?
有多少間國陣服務中心?
2.) Berapakah perbelanjaan purata bulanan yang ditanggung oleh kerajaan negeri untuk setiap pusat perkhidmatan ini?
州政府每月平均需承擔多少的費用?

沒有留言: