2008年8月11日 星期一

Dewan Soalan Lisan : 2

SOALAN-SOALAN LISAN ADUN BUKIT KEPAYANG PADA HARI KEDUA (26 Ogos 2008)
武吉甲巴央州議員次天(26日)的口頭詢問問題

Soalan Lisan 1:
Masalah Kesesakan Lalulintas di Bukit Kepayang dan Seremban 2
武吉甲巴央和芙蓉新城的交通阻塞問題

Jalan Sungai Ujong, terutamanya bahagian yang berdekatan dengan plaza tol dari arah selatan sehingga persimpangan berlampu isyarat ke Taman Bukit Kepayang telah mengalami masalah kesesakan yang semakin teruk sejak akhir-akhir ini. Adalah dipercayai masalah ini berpunca daripada penambahan bilangan kenderaan dan pembangunan yang pesat sekitar Seremban 2. Pernah disebutkan bahawa salah satu cara penyelesaian adalah membuka laluan baru dari Jalan Sendayan/ KLIA (Flyover) ke Seremban 2. Cadangan membuka laluan baru ini memang merupakan suatu cadangan yang dialu-alukan agar masalah kesesakan lalulintas dapat dikurangkan.
雙溪烏絨路,特別是通往南下高速公路收費站,及武吉甲巴央花園交通燈在最近面對交通阻塞的問題,這相信是因為芙蓉新城發展迅速及車輛增加所致。據了解,要解決上述的問題,就是要在申達央/吉隆坡國際機場的高架天橋闢一條道路直通芙蓉新城,此方式的確有助緩和該區的交通阻塞問題。

1.) Bilakah projek membuka laluan baru dari Flyover ke Seremban 2 ini akan dimulakan dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya?
從高架天橋闢新路通往芙蓉新城的工程何時動工?預計何時完成?
2.) Berapakan kos yang dianggarkan untuk membuka laluan baru ini dan adakah ia akan dibiayai oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat?
上述的工程耗資多少錢?是州政府或是聯邦政府負責有關費用?

Soalan Lisan 2:
Permohonan Untuk Menukar Status Tanah ke Tanah Rizab Sekolah
申請把土地轉換成學校保留地

Seperti mana yang sedia maklum, Kementerian Pelajaran pernah mengumumkan perpindahan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dari Daerah Port Dickson ke Bandar Seremban 2, sebagai memenuhi keperluan setempat. Perpindahan ini melibatkan kepentingan umum dan perlu disegerakan. Namun, perpindahan ini melibatkan penukaran status tanah tersebut.
根據之前的宣佈,教育部已批准波德申一間小學遷往芙蓉新城,以滿足當地居民的需求;有關搬遷涉及土地轉換的程序。

Saya ingin tahu:我想知道:
1.) Berapakah lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk kerajaan negeri meluluskan permohonan menukar status tanah ke tanah rizab sekolah?
州政府需要花費多久的時間,才能完成把土地用途轉換成學校保留地?
2.) Adakah kerajaan negeri bercadang memberikan peruntukan khas untuk pembinaan bangunan sekolah ini dan juga SJK (C) dan (T) lain yang terlibat dalam perpindahan lokasi?
州政府是否有考慮給予特別撥款予該間,或是其他搬遷的華小和淡小學校?


Soalan Lisan 3:
Pencawang Telekomunikasi yang dibina di atas premis kediaman dan perniagaan
住宅區和商業區的電訊塔

Sejak kebelakangan ini banyak pencawang telekomunikasi telah didirikan di kawasan perumahan dan pernigaan, walaupun lokasi yang didirikan pencawang telekomunikasi ini, seperti Taman Baiduri tidak menghadapi masalah gangguan talian telekomunikasi. Terdirinya pencawang/ menara telekomunikasi ini telah menimbulkan kebimbangan para penduduk akan kesan radiasi dan biologi ke atas kesihatan mereka.
有許多的電訊塔目前設立在花園住宅區和商業區,當中包括沒有面對通訊線路問題的龍鳳園。設立電訊塔已為居民帶來很大的擔憂,當中包括擔心幅射影響健康。

Sila nyatakan:請列出:
1.) Apakah garis panduan yang digunakan oleh pihak berkuasa dalam memberikan kelulusan memasang pencawang/ menara telekomunikasi ini?
執法單位是以什麼准則設立電訊塔?
2.) Dalam memberikan kelulusan untuk mendirikan pencawang telekomunikasi ini, sejauh manakah pandangan dan hasrat penduduk setempat diberikan perhatian dan diambilkira?
在批准設立電訊塔的同時,是否有關注及顧及居民的意願?

沒有留言: