2009年1月7日 星期三

Menara Telekomunikasi Central Park S2--Haram!!!!


SEREMBAN – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengesahkan pembinaan menara telekomunikasi yang terletak berdekatan kawasan perumahan Central Park, Seremban 2 di sini, didirikan secara haram kerana belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati menara tersebut dibina tanpa mendapat kebenaran MPS terlebih dulu dan tidak menolak kemungkinan ia juga tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau turut menyifatkan tindakan syarikat telekomunikasi terbabit sebagai ‘biadab’ kerana dipercayai mendirikan menara tersebut ketika hari cuti bagi mengelakkan perbuatannya dikesan pihak berkuasa.

“Kita sudah semak dan mendapati memang ia tiada kebenaran. Saya tak pasti syarikat mana yang pasang tetapi kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Bagi saya, perbuatan seperti itu (mendirikan tanpa kebenaran) sebagai ‘biadab’,” katanya.

Berikutan itu, katanya, MPS akan mengambil tindakan tegas dengan menyita kawasan berkenaan dalam masa terdekat ini serta mengenakan kompaun, dalam masa masa sama mengarahkan syarikat telekomunikasi terbabit menyelaraskan semula permohonan mereka berdasarkan undang-undang.

“Kalau ada keperluan serta tidak melanggar peraturan SKMM, kita boleh pertimbangkan. Tetapi kalau dia melanggar peraturan SKMM, kita minta mereka buka semula menara tersebut atau kita sendiri yang akan merobohkannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Abd Halim berkata demikian merujuk kepada tindakan lebih 100 penduduk kawasan itu yang mengadakan demonstrasi aman, seperti dilaporkan di muka depan Sinar Harian, kelmarin sebagai membantah kewujudan sebuah menara telekomunikasi yang terletak berhampiran dengan kawasan kediaman mereka sejak kira-kira dua minggu lalu.

Penduduk berbuat demikian kerana bimbang kewujudan menara tersebut akan menjejaskan kesihatan mereka berikutan kemungkinan kesan radiasi, selain keselamatan berikutan menara itu dikatakan hanya beberapa ratus meter daripada rumah mereka, selain sebuah pasar raya dan beberapa restoran tumpuan ramai.

Dalam pada itu, Abd Halim berkata, MPS sebenarnya telah mengetahui lebih awal berkaitan kewujudan menara telekomunikasi haram itu iaitu sebelum demonstrasi itu berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya telah pun meninjau kawasan berkenaan dan dalam masa sama pihaknya telah pun bersedia untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan.

Kita memandang serius perkara ini kerana ia bukan saja melanggar peraturan, sebaliknya turut menyusahkan orang ramai. Sepatutnya, syarikat telekomunikasi terbabit perlu memastikan segala peraturan dipatuhi,” katanya.
=============================================

刚刚得知的消息,Central Park电讯塔是非法建立的,市议会主席更形容电讯公司这种做法是不礼貌的(biadab),并扬言会采取行动对付电讯公司,包括罚款和拆除该电讯塔!!!

沒有留言: