2009年1月29日 星期四

Rasah Kemayan-Another Battle Won!!




在刚收到MPN的回函,Rasah Kemayan新建的电讯是不被批准的。MPN的回函中清楚说明该电讯塔是在未经批准下开始建筑工作的。

我曾经在20-1-1009与有关电讯公司高层会面,并向有关公司反映当地居民的反对。该高层也答应会把有关的电讯塔迁离住宅区。

这也是继Central Park电讯塔拆除后,当地居民再一次齐声抗议下,被令停工拆除的电讯塔。这也显示了地方议会尊重民意以及在处理非法电讯塔的课题上非常高效率。

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SEREMBAN 2 – Penduduk di Jalan RK6/1, Rasah Kemayan, di sini berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap sebuah menara telekomunikasi yang kini sedang dibina berhampiran kawasan perumahan terbabit.
Perhimpunan aman yang disertai kira-kira 40 penduduk itu menggesa supaya pembinaan menara telekomunikasi di atas tanah milik persendirian itu dihentikan kerana didakwa terlalu hampir dengan rumah penduduk. Malah, penduduk turut mempertikaikan kewajaran pembinaan menara itu kerana terdapat sebuah lagi menara telekomunikasi beberapa meter dari situ yang telah didirikan sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, berlaku sedikit ketegangan semalam apabila pemilik tanah menghalang penduduk bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin daripada memasuki kawasan menara berkenaan.
Hasil perbincangan ADUN dengan pemilik tanah berkenaan, ketegangan dapat diredakan, dan akhirnya kata sepakat dicapai selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan secara baik.
Wakil penduduk, Azlan Maamor, 35, berkata, beliau menyedari sebuah menara bakal didirikan kira-kira 20 meter di belakang kawasan rumahnya pada Rabu lalu sebaik pulang dari kerja di sebelah petang.
“Bagi saya, pembinaan itu tidak sepatutnya dijalankan kerana ia terlalu hampir dengan rumah. Malah, sebelum ini pun sudah ada satu menara telekomunikasi di situ tetapi kita tidak membantah. Menurutnya, kewujudan menara telekomunikasi baru ini sememangnya merisaukan 280 pemilik rumah di situ dan berharap tindakan segara dilakukan untuk memastikan penduduk tidak berhadapan dengan masalah kesihatan.
“Sepatutnya, syarikat telekomunikasi terbabit perlu merujuk kepada penduduk terlebih dahulu sebelum mendirikan pencawang untuk mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Bagi Lim Bee Kuan, 34, pembinaan menara itu dikhuatiri akan menyebabkan kesan radiasi terhadap penduduk, terutama kanak-kanak untuk jangka masa panjang. “Kalau orang dewasa, ia tiada masalah. tetap kami bimbang kesannya terhadap anak-anak kami yang masih kecil. Boleh dikatakan sebahagian besar penduduk di sini mempunyai anak kecil,” katanya.
Paul Williams, 52, pula berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil perhatian terhadap masalah penduduk di situ dengan membuat siasatan sama ada pembinaan menara berkenaan mengikut syarat yang ditetapkan. “Kalau ia mendapat kebenaran PBT, sebaiknya ia dibina jauh sedikit. Tetapi kalau pembinaan ini tidak mendapat kelulusan, PBT seharusnya mengarahkan ia dihentikan serta-merta,” katanya.

沒有留言: