2008年7月9日 星期三

Bayi lemah selepas dibedah



SEREMBAN – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di Garden Avenue, dekat sini mungkin terpaksa meniti alam dewasa dalam keadaan tidak sempurna selepas mengalami lemah pergerakan dipercayai kesan daripada pembedahan akibat terjatuh daripada buaian kira-kira 4 bulan lalu.
Mohammad Shafiq Zulhafiz, hanya mampu terbaring dan tidak berupaya bergerak atau sekurang-kurangnya mengiring selepas selamat menjalani pembedahan April lalu bagi membuang darah beku dalam kepalanya.
Disebabkan masalah itu, ibunya Shahriza Ismail, 24, terpaksa meninggalkan kerja sebagai penjual kuih bagi memberi sepenuh perhatian terhadap anak keduanya itu dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berhampiran dengan gaji bulanan kira-kira RM700. Shahriza ketika ditemui Sinar Harian, semalam memberitahu bayinya itu mengalami pendarahan serta retak dalam kepala selepas terjatuh daripada buaian menyebabkan satu pembedahan terpaksa dibuat di Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM) baru-baru ini.
“Selepas insiden itu, dia hanya mengalami benjol di kepala. Kami ingat ia tidak ada apa-apa masalah, tetapi selepas membuat imbasan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, doktor mengesan adanya pendarahan dalaman dan perlu dirujuk kepada hospital pakar HUKM.
“April lalu, Shafiq koma selama dua hari sebelum pihak HUKM terpaksa membuat pembedahan segera,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Mohammad Aliff Zulhafiz berusia 2 tahun yang menghidap penyakit asma. Selepas pembedahan itu, katanya, anaknya itu hanya terbaring dan tidak berupaya bergerak menyebabkan beliau terpaksa menjaganya sepenuh masa, selain terpaksa mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk rawatan susulan.
“Doktor juga belum dapat pastikan sama ada anak saya boleh bercakap atau tidak sehingga dia mencecah usia setahun,” katanya. Berikutan masalah itu, Shahriza cuba mendapatkan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sehingga kini tidak menerima sebarang bantuan kewangan kecuali sekeping kad mengesahkan anaknya kurang upaya. Disebabkan sumber kewangan yang terhad, beliau mengakui sesekali terpaksa ‘mengikat perut’ untuk menumpukan perbelanjaan anaknya itu selain mengharapkan bantuan jiran-jiran yang memberi barang keperluan dapur termasuk beras.
“Saya merayu kepada kepada berkaitan seperti JKM untuk membantu sedikit bagi meringankan beban saya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berkata, beliau berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi Shahriza termasuk meminta supaya pihak JKM mempertimbangkan bentuk bantuan dan mempercepatkan prosesnya.
“Saya yakin JKM akan membantu keluarga ini tetapi yang lebih penting ialah bantuan yang disampaikan dapat dipercepatkan,” katanya. Selain itu, beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada sumber lain termasuk orang perseorangan yang sudi hulurkan bantuan.




(芙蓉7日訊)一對巫裔年輕夫婦,不僅家徒四壁,小兒子在4個月大時更因跌傷而致腦部出現殘疾,需長期照顧,家庭生活陷入困境。 

居住在芙蓉新城珍峇卡組屋的貧苦家庭,向武吉甲巴央州議員謝琪清求助,謝氏今早聯同特別助理華漢偉前往拜訪該家庭。 

這對夫婦為祖哈菲斯(23歲)及莎麗查(24歲),育有兩名兒子,大兒子莫哈末阿利夫(2歲),小兒子莫哈末沙菲(8個月大)。 

莎麗查披露,丈夫目前任職保安員,每月收入僅700令吉,他們舉家在兩個星期前甫搬到珍峇卡組屋,每月租金170令吉。 

她說,在今年3月有一天,她外出工作,丈夫休假在家中,大兒子與正在紗龍搖床的小兒子玩,結果發生意外,當時4個月大的小兒子從搖床跌倒,造成腦部受震蕩。 

“小兒子曾被送院接受腦部掃瞄,在跌倒後1個月,出現痙攣及昏迷,被送往吉隆坡醫院入住加護病房。” 

她指出,醫生隨後證實小兒子患上腦性麻痺(Cerebral Palsy),並獲福利局發出殘障卡。 

她說,由于小兒子需要長期照顧,她被逼辭去售賣炸香蕉的工作留在家里,丈夫收入微薄,她又需要定期帶小兒子到醫院檢查,連車資都成問題。 

她也反映,如今家中的煤氣、鍋子、床褥、碗碟都是熱心女鄰居提供。 

謝琪清在記者會上指出,他已協助上述家庭向福利局申請福利金,一般上福利金的批准會較慢,因此他已針對此案件提出特別要求,希望該局盡快處理。 

他認為,政府應該設有特別基金,讓需緊急援助的個案,可以馬上獲取福利局。 

沒有留言: