2008年7月13日 星期日

MPS menangani masalah pemeliharaan burung walet




SEREMBAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin memuji kecekapan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menangani masalah pemeliharaan burung walet yang dibangkitkan penduduk di kawasan tersebut.Menurutnya, pada Mei lalu, beliau telah mengemukakan surat aduan kepada MPS tentang kegiatan memelihara burung walet dalam sebuah bangunan terbiar di persimpangan Jalan Labu dekat sini sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

Kee Chin berkata, Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latif telah memberi jaminan untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang memelihara burung tersebut.
Tambah beliau, Abdul Halim juga menyatakan akan mengeluarkan notis dan sekiranya pihak terbabit masih berdegil, MPS akan menyita bangunan berkenaan serta mengheret pengusaha ke mahkamah.

''Pada minggu lalu, MPS telah menampal notis dan menyita bangunan tersebut.
''Maka saya mengucapkan terima kasih kepada Abdul Halim kerana menunaikan janjinya," ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Sehubungan itu, Kee Chin berharap jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan lain akan mencontohi kecekapan MPS dalam menangani masalah rakyat.

Beliau juga mencadangkan agar MPS mewartakan kawasan khas untuk memelihara burung walet yang jauh daripada kediaman orang ramai.

沒有留言: