2008年7月13日 星期日

BN setuju potong elaun, pembangkang bersyarat

SEREMBAN 3 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyambut baik langkah kerajaan negeri memotong RM1,500 sebulan daripada pembiayaan pengurusan pejabat dalam pakej elaun mereka untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.
Bagaimanapun ADUN dari parti pembangkang - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, pula bersetuju tetapi bersyarat.
Mereka mahu kerajaan negeri menyediakan laporan lengkap senarai rakyat yang menerima bantuan daripada wang RM1,500 yang dipotong setiap bulan itu dan cara ia diagihkan.
ADUN Johol (BN), Datuk Roslan Md. Yusuf berkata, beliau tiada halangan jika kerajaan negeri membuat pemotongan RM1,500 setiap bulan untuk penjimatan dan digunakan semula untuk kebajikan rakyat.
‘‘Saya setuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membeli kenderaan baru untuk Exco kerana ia juga menunjukkan ketegasan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar penjimatan dalam perbelanjaan kewangan mereka,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Roslan, pemotongan itu tidak akan menjejaskan operasi pejabat khidmat wakil rakyat bagi kawasan beliau.
Katanya, pejabat itu akan terus dibuka seperti yang diarahkan untuk mendengar masalah rakyat.
Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat sebanyak RM1,500 dalam salah satu pakej daripada 36 ADUN serta merta.
Langkah itu, bagi membolehkan kerajaan melakukan penjimatan, sementara wang terkumpul sebanyak RM648,000 setahun itu akan digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.
ADUN Gemencheh (BN), Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz berkata, beliau tidak menentang dan akur dengan apa yang diarahkan oleh Mohamad.
‘‘Apa yang penting wang yang dikumpulkan sebanyak RM648,000 setahun itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.
‘‘Ini penting untuk menunjukkan ketelusan kerajaan dalam melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat,” ujar beliau.
Jelas Mohd. Kamil, keputusan kerajaan untuk tidak membeli kenderaan baru bagi Exco juga disambut baik dan wajar dibuat untuk menunjukkan kerajaan tidak melakukan pembaziran.
ADUN Palong (BN), Datuk Aziz Shamsudin berkata, beliau menyokong langkah kerajaan itu asalkan ia terbaik untuk kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, ADUN dari pembangkang mempunyai pandangan mereka terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan melihat perkara ini sebagai agenda politik.
ADUN Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun menjelaskan, sekiranya betul wang itu akan digunakan untuk kebajikan, beliau setuju dengan pemotongan elaun itu.
‘‘Bagaimanapun, kami hendak tahu, wang tersebut disalurkan di mana dan bagaimana ia diagihkan.
‘‘Wang itu, adalah elaun kami dan sebagai pembangkang, kami mahu wang itu diberikan semula kepada pembangkang supaya ia boleh disalurkan mengikut cara sendiri,” jelas beliau.
Pendapat Aminuddin disokong ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd. Ghani dari Pas dengan menjelaskan adalah wajar elaun itu dikekalkan kerana pembangkang memerlukan sumber berkenaan untuk membolehkan rakyat bertemu wakil rakyat di pejabat.
‘‘Jika benar kerajaan negeri melakukan ini untuk langkah berjimat cermat, kita alu-alukan.
‘‘Bagaimanapun, kami mahu tahu rasional dan untuk siapa wang itu akan diberikan.
‘‘Tentang kereta Exco, saya setuju benar kerana perkara ini sepatutnya sudah dibuat dulu. Gunakanlah kereta lama, itu lebih baik,” kata beliau.

ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin dari DAP berpendapat, kerajaan negeri boleh mendapatkan saluran lain untuk membantu rakyat, bukan melalui RM1,500 daripada wang wakil rakyat.
‘‘Kita tidak menyoalkan faktor kebajikan tetapi kerajaan boleh mencari saluran lain untuk mendapatkan wang untuk diberikan kepada rakyat. Tetapi kami terpaksa menerima keputusan ini kerana ia diarah oleh kerajaan,’’ ujarnya.

4 則留言:

●•. 任我翱翔 .•● 提到...

this is old news la..3April2008 news

OMGGosh 提到...

YB Cha

You need to update more your progress to N.21 Bukit Kepayang on your blog.

YESYEH 提到...

YB Cha,

I don't this is under your jurisdiction or YB Loke's but please someone look into this. This is pertaining to stretch of road from Bukit Galena going uphill until Puteri School. That stretch of road is very bumpy as result from hardened premix which I suspect must have dripped off from mixers going up that hill. Can you get the authorities to remove the hardened premixes as it can be quite dangerous because some cars will swerve to the other side in order to avoid those "bumps"?

Also that strecth of road could use some street lights as it's very dark at night.

Thanking you in advance

DAP_謝琪清 提到...

Thank you for concerns, it is under the jurisdiction of MPS to ensure the safety of the road. I am the ADUN for this area and YB Loke is the MP for this area. I have written to MPS to hi-lite this issue on 27 June 2008 and ask them to remove the harden cement. As usual, their movement like turtle, slowwwwwwwwwww, they have not done anything yet. I will follow up until they clear it. TQ