Sejak kebelankangan ini, saya dan ADUN-ADUN lain telah menerima banyak aduan tentang pengiraan bil air daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
Kebanyakan aduan mengadu bahawa SAINS telah salah kira dan menuntut lebih daripada apa yang biasa dibayar oleh pengguna di bawah Jabatan Bekalan Air yang lama.
Saya telah memahami situasi dan aduan-aduan ini dengan SAINS untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku ini.
Harga bil air yang tinggi kebelakangan ini disebabkan oleh kelewatan SAINS untuk memyemak meter air. kelewatan ini berlaku kerana SAINS yang baru-baru mengambil-alih ini mengambil sedikit masa untuk memberi kursus kepada pekerja-pekerjanya. SAINS telah menjamin kepada saya bahawa ini hanya adalah satu masa peralihan dan keadaan yang mengelirukan ini akan berakhir bulan depan.
Akan tetapi, kekiraan pada masa peralihan ini telah disalah faham oleh banyak pengguna air. Sebenarnya, selepas saya memahami cara pengiraan SAINS, saya mendapati SAINS mengeluarkan satu formula yang munasabah untuk menjaga kepentingan pengguna.
Pengiraan SAINS untuk kegunaan air satu bulan (30 hari) adalah seperti berikut:-
untuk 20 m3 yang pertama: RM0.55/m3
untuk 15m3 yang seterusnya: RM0.85/m3
kegunaan seterusnya: RM1.40/m3
Saya memberi beberapa contoh di sini.
Contoh 1
air yang telah diguna: 23 m3
jarak masa pekerja menyemak meter air: 41 hari
(i)oleh kerana kegunaan air telah melebihi 20 m3 yang pertama, bagi 3 m3 yang lebih itu ia sepatutnya mencapai tariff kedua iaitu RM0.85.
(ii)Tetapi, jangan lupa bahawa tariff itu adalah berasaskan semakan meter dalam 30 hari. Tetapi sekarang, SAINS menyemak meter pada hari yang ke 41, pengiraan berasaskan (i) adalah tidak adil kepada pengguna.
(iii) jadi kita harus mengguna 41/30 x 20 m3 untuk mencari kegunaan air yang menikmati harga tariff yang lebih rendah.
jadi, 41/30 x 20m3 = 27.333 m3 yang patut menikmati tariff pertama iaitu RM0.55
(iv) 23 m3 adalah dalam ringkungan 27.333 m3, jadi 23m3 x RM0.55=RM12.65 adalah harga bil SAINS.
Contoh 2
air yang telah diguna: 55 m3
jarak masa pekerja menyemak meter air: 41 hari
(i)oleh kerana kegunaan air telah melebihi 20 m3 yang pertama, bagi air yang lebih itu ia sepatutnya mencapai tariff kedua iaitu RM0.85 dan tariff ketiga iaitu RM1.40.
(ii)Tetapi, jangan lupa bahawa tariff itu adalah berasaskan semakan meter dalam 30 hari. Tetapi sekarang, SAINS menyemak meter pada hari yang ke 41, pengiraan berasaskan (i) adalah tidak adil kepada pengguna.
(iii) jadi kita harus mengguna 41/30 x 20 m3 untuk mencari kegunaan air yang menikmati harga tariff yang pertama.
jadi, 41/30 x 20m3 = 27.333 m3 yang patut menikmati tariff pertama iaitu RM0.55
27.333 x RM0.55 = RM15.03
(iv)kita sudah tahu 27.333 akan menikmati tariff RM0.55
untuk tariff yang seterusnya, 55-27.333=27.667m3 yang belum dikira lagi.
(v) untuk mencari penggunaan tariff kedua yang harus dinikmati oleh pengguna.
41/30 x 15m3=20.5m3
jadi 20.5 m3 harus dikira dengan tariff kedua iaitu: 20.5x RM0.85=RM17.43
(vi) Penggunaan yang ditinggalkan itu akan terus dikalikan dengan RM1.40
27.667-20.5m3 =7.167m3
7.167 x RM1.40=RM10.03
(vii) jadi jumlah harga bagi bil ini adalah: RM15.03+RM17.43+RM10.03= RM42.49
4 則留言:
Bil SAINS amat mengelirukan dan tidak boleh dibayar dipejabat POS, tiada tindakan daripada pihak yang berkenaan. mohon buat sesuatu.
Matatech:
Sebenarnya bil air SAINS boleh dibayar kat Pejabat Pos, saya telah pada minggu lepas menjumpa officer dari Pos Malaysia juga SAINS, mereka telah memberi jaminan bahawa bil SAINS boleh dijelas di Pejabat Pos dengan menggunakan No. Akaun lama yang juga tercatat dalam bil air SAINS.
Kalau Matatech ada lagi apa-apa kekeliruan tentang bil SAINS, boleh hubungi pejabat saya untuk mendapatkan penjelasan. 06-7614557
sorry seems to be the hardest word...
jeff ooi has become a liability to DAP and PR.
what is so difficult in saying sorry..
it doesnt matter who is right or wrong.
this is malaysia and malaysian are ever willing to say sorry...
bermaaf-maafan , hormat menghormati ,bantu-membantu ,tolong menolong dll amalan yang mulia.
put your ego aside if you want to last another term or DAP will be a one term wonder
Tuan Wakil Rakyat,
SAINS tidak bekal air ke kawasan perumahan Taman Sri Labu / Taman Bukit Kaya. Sejak hari Selasa yang lalu (9 hari).
Sila tolong cari penyelesaian dengan SAINS. Terima kasih didahulukan.
張貼留言